Hutan
Royal Belum dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan
hujan Amazon di Amerika Selatan dan hutan Congo di Afrika Tengah.
Dianggarkan
terdapat 3,000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan
berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang hidup bebas dan liar, sekali gus
menjadikan Royal Belum, khazanah negara tidak ternilai harganya.
Dalam
kepelbagaian khazanah ini, ia juga adalah kawasan tumpuan burung enggang atau
kenyalang, yang menjadi lambang kerajaan negeri Sarawak.
Di
Asia terdapat 31 spesies burung enggang daripada lapan genera yang dikenal
pasti dan daripada jumlah itu, 10 spesies daripada enam generasi boleh ditemui
di Malaysia.
Istimewanya,
semua 10 spesies burung enggang yang ditemui di Malaysia, boleh dilihat di kawasan
Royal Belum atau Hutan Simpan Temenggor.
Di
Sarawak pula, hanya lapan spesies enggang dan begitu juga dengan Sabah.
Keasyikan
menikmati syurga alam ini bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak melihat bunga
terbesar di dunia, bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai pakma.
Ramai
beranggapan bunga ini hanya boleh ditemui di hutan pergunungan di Sabah atau
Sarawak, sedangkan Royal Belum juga menjadi platform terbaik melihat bunga itu.
Di
sini, terdapat tiga spesies pakma iaitu Rafflesia Kerrii, Rafflesia Cantleyi
dan Rafflesia Azlanii.
No comments:
Post a Comment