Monday, 20 July 2020

JOM BANTU LARISKAN JUALAN RAKAN

Banyak di kalangan adik beradik, saudara mara, kawan sekampung, rakan sekerja dan jiran yang beniaga. Adat mula berniaga sukar untuk mendapat pelanggan. Produk atau barang jualan belum dikenali. Itulah cabaran besar sesiapa memulakan perniagaan. Tidak kena gaya, pernigaan boleh lingkup dalam masa singkat kerana tidak mendapat sambutan dan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan modal.

Dalam keadaan begini, bantuan dari adik beradik, saudara mara, kawan sekampung, rakan sekerja dan jiran dapat membantu.

Biarlah sambutan sama seperti diberikan kepada perniagaan berstatus arti terkenal. Bak kata orang:
- Bila Neelofa jual tudung semua beratur beli
- Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli
- Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli
- Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli
- Bila Che Ta jual perfume semua teruja nak beli
- Bila Zizan jual t-shirt semua ghairah nak beli

Semua beli saja... Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh sampai malam. Sanggup berasak-asak bawah ketiak orang ramai. Tawar menawar tiada. Beli saja....

Kalau itulah yang boleh diberikan kepada perniagaan saudara mara, kawan sekampung, rakan sekerja dan jiran, pasti mereka tidak berdepan masalah untuk meneruskan perniagaan dan berkembang maju.

Malangnya, keadaan sebaliknya berlaku. Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut:
- Tak dapat kurang ke?
- Mahalnya...
- Takde harga member ke?
- Belanja lah postage.
- Bagilah aku free... ala dengan aku pun nak berkira.

Itu nasib baik beli juga.  Tidak kisahlah kata-kata negatif tu... yang penting membeli untuk membantu saudara mara, kawan sekampung, rakan sekerja dan jiran.

Malangnya, ada pula nak lalu kedai kawan pun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap “takpe lah... aku beli terus dengan mereka”.

Jangan rendah-rendahkan bila kawan berniaga. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.

Rasanya ramai yang berniaga bukan untuk kumpul kekayaan tapi untuk survival . Tau tak, kadang-kadang duit untung niaga RM5 sahaja satu barang. Itulah satu-satunya tambahan pendapatan beli susu, pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain.

Kalau tidak mahu membeli, jangan duk perli aje. Sebaliknya doakan dan tolong war-warkan mengenai pernigaan itu.

No comments:

Post a Comment