Thursday 13 August 2020

CARA BUAT GETAH KEPING

Pekebun getah masa dahulu menjual hasil pokok getah dalam bentuk getah keping dan skrap atau ‘pok getah’. 

Selain kerja menoreh dan memunggut susu getah, mereka juga pula memproses susu getah menjadi getah keping sebelum boleh dijual dan mendapat hasil jualan.

Cara atau langkah-langkah membuat getah keping:
- Getah cair atau susu getah dikutip selepas ditoreh.
- Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).
- Ia dicampur cuka getah (sejenis asid), dikacau untuk mempercepatkan proses membekukan getah tersebut.
- Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek sehingga menjadi lebih nipis berbanding sebelumnya.
- Seterusnya getah lenyek itu akan dimesin agar ia menjadi lebih nipis atau keping sekata.
- Terdapat dua jenis mesin. iaitu mesin lurus atau licin dan satu lagi yang berjalur.
- Proses pertama menggunakan mesin licin untuk menjadikan kepingan getah lebih nipis dan mengeluarkan kandungan air yang terdapat di dalamnya.
- Ia diulang beberapa kali sehingga menjadi nipis dan agak kering.
- Selepas itu proses memesin terakhir ialah menggunakan mesin berjalur.
- Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
- Akhirnya ia dikeringkan atau disalai dalam 3~4 hari.
- Setelah kering, getah boleh dijual.

Sekarang penoreh getah tidak lagi perlu melakukan kerja-kerja menghasilkan getah keping. Malah, susu getah yang terhasil tidak perlu lagi dikutip setiap hari. Hendak tinggal berminggu pun tidak mengapa, tetapi mungkin mengalami kerugian akibat dicuri.

Penoreh getah kini memunggut hasil getah yang telah beku. Getah beku itu dikumpul dan terus boleh dijual. Lebih mudah dan tidak memerlukan banyak proses.

No comments:

Post a Comment