Wednesday 16 December 2020

KOLAM AIR PANAS BER LOJING

Kolam air panas semulajadi merupakan sumber air dari rekahan kerak bumi. Air panas yang keluar itu adalah hasil aktiviti gunung berapi yang jauh terletak di dalam perut bumi.

Biarpun Malaysia tidak terletak atau bebas dari Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, namun kesan rekahan aktiviti gunung berapi pada masa dahulu masih wujud. Haba panas dari perut bumi menghasilkan mata air panas.

Salah satu mata air panas terdapat di Kelantan ialah Kolam Air Panas Ber yang terletak di daerah kecil Loging di Gua Musang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam dari bandar Gua Musang.

Lokasinya terletak di kawasan berhampiran penempatan Orang Asli Pos Hendrop, Gua Musang.

Kolam Air Panas Ber telah dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan tarikan pelancong sesuai dengan perkembangan pembangunan kawasan Lojing sebagai destinasi perlancongan tanah tinggi.

Kedudukan Lojing bersebelahan kawasan Cameron Higlands sebagai lokasi pelancongan tanah tinggi utama Malaysia diharapkan turut memberi limpahan pengunjug kepada Lojing.

Kolam Air Panas Ber merupakan kolan air panas yang terpanas di Kelantan dengan suhu 72 celcius!!.

Kolam Air Panas Ber mampu menarik ramai pengunjung bukan sahaja kerana tarikan kolam air panas sahaja, tetapi juga keindahan alam semulajadi tanah tinggi.

Berendam di dalam air panas semulajadi mempunyai kebaikan merawat penyakit kulit dan melancarkan peredaran darah.

Kemudahan yang disediakan adalah 3 buah kolam air panas dan tempat letak kenderaan.

No comments:

Post a Comment