Kerenggan menjadi penjaga kebun. Kerengga dikenali sebagai hidupan kawalan biologi yang boleh mengurangkan
serangan lalat buah, kutu daun, hama, ulat pelombong daun (leafminers) dan
serangga perosak yang lain.
Dengan
itu dapat mengelakkan pokok diserang penyakit serius yang dibawa oleh virus dan
kulat. Tambahan lagi, pekebun dapat mengurangkan kos perbelanjaan racun kimia.
Di
beberapa negara, kerengga digantikan dengan racun kimia untuk mendapatkan
buah-buahan organik, kualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang lebih
mahal.
Selain
itu, kerengga bukan sahaja meningkatkan pengeluaran buah malah kualiti dan
kemanisan buah juga turut meningkat. Juga berdasarkan pengalaman di negara
lain, populasi kerengga juga telah berjaya menghalau tikus dan juga ular.
Kerengga
memainkan peranan penting dalam ekosistem semula jadi. Jasa kerengga telah lama
digunakan bagi mengawal serangan serangga perosak.
Orang
dahulu kala menggunakan khidmat kerengga ini dengan mendapatkan sarang kerengga
di dalam hutan dan diletakkan di pokok buah-buahan.
Dengan
kehadiran kerengga ini, ianya dapat membasmi serangan kulat dan serangga
perosak buah dengan menyerang dan membunuh.
Kerengga
akan bermati-matian menyingkirkan serangga lain yang hidup pada pokok yang sama
atau yang berhampiran.
Kerangga
merupakan serangga yang suka pada pokok buah-buahan kerana ia akan makan
perosak lain yang hendak merosakkan tanaman kita.
Lazimnya
ia akan makan larva, ulat, serangga perosak lain sebagai makanan dan ini adalah
baik. Cuma kadang-kadang ia gigit manusia yang hendak tuai buah atau main-main
dengan sarangnya.

No comments:
Post a Comment