Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, keladi minyak, keladi gajah, keladi putih, keladi betawi, keladi udang.
Bahagian yang boleh dimanfaatkan daripada pokok keladi ialah ubi dan batang, mengikut jenis-jenisnya. Ubi keladi boleh direbus dimakan kosong atau dijadikan pengat dan disayur. Bahagian batang pula dimakan dengan cara dimasak gulai atau disayur.
Tahukah anda bahawa ubi keladi banyak khasiatnya malah baik untuk kesihatan. Ubi keladi mengandungi khasiat penting yang diperlukan oleh manusia setiap hari. Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam ubi keladi menjadikan hati kita dapat berfungsi dengan baik.
Vitamin C dalam ubi keladi memainkan peranan penting dalam menentang radikal bebas dalam tubuh manusia. Selain itu, vitamin C pada ubi keladi dapat menjadikan seseorang itu awet muda, memperbaiki sistem imun, menyembuhkan luka dan membantu alam pertumbuhan tulang manusia.
Ubi keladi padat dengan kandungan kuprum, kalsium, potasium, zat besi, mangan dan fosforus. Oleh sebab itu, ubi keladi menjadi sumber galian yang baik kepada keperluan manusia.
Kandungan potasium yang tinggi dan seimbang tetapi rendah sodium dalam ubi keladi dapat membantu melindungi jantung dan menentang osteoporosis juga membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Ini kerana potasium merupakan komponen penting bagi sel dan cecair tubuh.
Manakala
kuprum atau tembaga dalan ubi keladi pula amat diperlukan untuk menghasilkan
sel-sel darah merah .
Mangan yang terdapat dalam ubi keladi pula dapat digunakan oleh tubuh sebagai kofaktor untuk enzim antioksidan. Manakal zat besi pula diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.
Ubi keladi juga mengandungi lemak tepu tetapi dalam paras yang rendah. Sudah tentu ianya selamat untuk jantung. Kepadatan serat dalam ubi keladi dapat membantu meningkatan kesihatan usus.
No comments:
Post a Comment