Tuesday, 6 April 2021

LANGKAH TEPAT UMNO TOLAK PPBM

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) perlu yakin kepada kekuatan sendiri. UMNO bukan baharu dalam arena politik negara.

Masih banyak lagi pejuang UMNO yang akan memperjuangkan parti ini. Banyak ahli UMNO dan rakyat khususnya orang-orang Melayu masih mahu bergantung harap kepada parti ini yang sentiasa memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini di samping menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Memilih untuk tidak bersama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) satu langkah tepat. Ini bukan soal menolak perpaduan ummah.

PPBM dan Parti Islam se-Malaysia (PIM atau Pas) yang mempelawa UMNO bersama dengan Parti Perikanan Nasional (PPN)  atas dasar perpaduan hanya retorik politik.

Kedua-dua parti itu sebenarnya telah banyak merosakkan perpaduan Melayu Islam di Malaysia. Pas sudah lama berjuang menentang UMNO sehingga mencetuskan isu kafir terhadap sesiapa menyokong UMNO.

UMNO mungkin boleh memaafkan perkara itu. Ia sudah lama berlaku. Sebab itu terbentuknya Muafakat Nasional (MN).

Namun untuk PPBM agak sukar. Parti itu ditubuhkan untuk menghancurkan UMNO. Pemimpin PPBM meminta agar UMNO dibubarkan. Menerima Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti. Memberi tekanan kepada pemimpin UMNO agar tidak lagi mampu bangkit setelah tewas pada PRU14 dahulu.

Dan, jika atas dasar perpaduan, seeloknya PPBM dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai UMNO seperti mana berlaku kepada Parti Semangat 46 dahulu.  

No comments:

Post a Comment