Ada
cadangan agar UMNO tidak menangguhkan pemilihan yang sepatutnya diadakan pada
tahun ini. Dikatakan, pemilihan awal akan membolehkan UMNO menghadapi PRU15
dengan barisan pemimpin yang memiliki 'mandat jelas dan boleh mendapat sokongan
rakyat'.
Ia dianggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.
Jika pendapat itu boleh diterima, rasanya ia sama keadaan dengan masalah kepimpinan negara sekarang. Kerajaan Pusat yang ada sekarang bukan ditubuh melalui keputusan awal PRU14, tetapi melalui penjajaran semula selepas jatuhnya Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat mandat memerintah negara berdasarkan keputusan asal PRU14.
Jadi, untuk mengatasi kemelut pentadbiran negara, PRU15 mesti diadakan dengan kadar segera. Parlimen perlu kembali dibuka dan persidangan diadakan demi mengembalikan demokrasi di Malaysia.
No comments:
Post a Comment