Masjid
menjadi destinasi pelancongan kerana wujud ciri-ciri menarik, terutama seni
bina dan perkara yang biasanya tidak diketahui oleh bukan Islam.
Juteru,
orang bukan Islam berminat untuk memasuki masjid dan mendapat pengalaman baru
yang ada antara mereka kali pertama menjejak kaki ke dalam masjid.
Sebenarnya,
keinginan bukan Islam ingin melawat masjid patut dialu-alukan kerana ia menjadi
sebahagian daripada dakwah secara tidak langsung. Mereka berpeluang
mendekati tempat ibadat orang Islam dan sedikit sebanyak mengetahui tentang
sembahan orang Islam.
Dalam
masjid tidak ada sebarang simbol atau objek yang disembah. Ini berbeza dengan
agama lain yang mana di dalam tempat ibadat mereka terdapat simbol atau objek
yang dijadikan sembahan mereka.
Ini
bertepatan dengan kepercayaan orang Islam bahawa Allah tidak menyerupai atau
mewakili mana-mana objek atau kejadian yang boleh dicipta atau digambarkan oleh
manusia.
Dengan
kata lain, masjid bukanya tempat 'tinggal' Allah. Allah ada di mana-mana saja.
Masjid adalah tempat khusus untuk melakukan ibadat, tetapi ibadat atau solat
boleh dilakukan di mana-mana saja asalkan menepati beberapa syarat seperti
bersih dari najis.
Orang
bukan Islam yang melawat masjid akan mengetahui sedikit sebanyak konsep ibadat
orang Islam. Pada masa sama mereka akan mempunyai pandangan baik mengenai
Islam. Setidak-tidaknya mereka tidak menganggap Islam agama ekstrem atau
mendatangkan bahaya kepada penganut agama lain.
Mereka
tidak takut untuk masuk ke masjid kerana yakin kepada keamanan dan keselamatan
yang dijanjikan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment