Ismail Sabri ketika ditemui meninjau pengoperasian dan menyantuni para petugas barisan hadapan di SJR Jalan Ampang pada hari ini.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Askar Wataniah di dalam kemakmuran negara yang bersesuaian dengan slogan Askar Wataniah "Berkhidmat Untuk Negara".
Menurut Ismail Sabri, aturgerak Askar Wataniah semasa PKP ini adalah seramai 1,016 orang pegawai dan anggota LLP meliputi penugasan di 412 lokasi SJR, 149 ronda berkenderaan dan kawalan di pusat-pusat kuarantin serta vaksinasi.
Jumlah ini adalah sebanyak 30% daripada keseluruhan penglibatan Anggota Tetap Tentera Darat iaitu seramai 4,714 orang pegawai dan anggota LLP.
Pasukan Askar Wataniah berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara yang bersedia diaturgerak bersama-sama anggota tetap dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.
Penglibatan anggota Askar Wataniah sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara.
HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.
No comments:
Post a Comment