Peniaga kedai makan paling terkesan. Bahan untuk dimasak cepat rosak. Jika tiada pembeli, ia tidak boleh disimpan.
Keluar modal tapi tiada pelanggan datang.
Bagaimanakah keadaan mereka mahu menampung keperluan hidup serta hutang-hutang?
Jika kerajaan tidak memberikan bantuan, lebih ramai golongan M40 akan menjadi B40. Golongan miskin pula akan tergolong kepada kumpulan miskin tegar.
Apabila Kerajaan buat lockdown tanpa apa-apa bantuan sebagaimana PKP 1.0, itu yang menyebabkan ramai rakyat amat tertekan, terdesak hingga ke peringkat kemurungan.
Kerajaan tahu rakyat tertekan dan tiada sumber untuk perbelanjaan harian. Agaknya sebab itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tergesa-gesa mahukan Syarikat ‘Ah Long Berlesen’ segera beroperasi.
Sampai bilakah kita mahu rakyat sengsara?
No comments:
Post a Comment