Wednesday 1 December 2021

GALERI KRAF TANGAN KAMPUNG TALAK TUMPAT

 
Galeri kraf tangan Kampung Talak. Rakyat Kelantan adalah antara penghasil seni kraf tangan yang unik di negara kita. Rakyat Kelantan memang kreatif dan gigih berusaha mempertahankan tradisi yang diwarisi turun temurun.

Kraf tangan adalah satu kerja seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.

Antara lokasi boleh dapatkan hasil kraf tangan di Kelantan ialah di Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat. Di Kampung Talak terdapat beberapa galeri yang mempamerkan dan menjual pelbagai jenis kraf tangan.

Kraf tangan tersebut dihasilkan menggunakan buluh, kayu, batang nibung dan sumber hutan yang terdapat di kawasan tersebut.

Antara yang dihasilkan ialah bakul, bubu, tuai, timba, acak, sarang burung, serkap ayam, terkup, badang (nyiru yang besar), saji, sudip, senduk, penyapu, beg, tempat letak barang dan sebagainya.

Kewujudan galeri itu membuka peluang kepada penduduk yang menghasilkan kraf tangan untuk memasarkannya.

Promosi mengenainya perlu diperluaskan dan penyertaan pihak kerajaan agar maklumat mengenainya lebih tersebar, serta menarik minat orang membelinya.

Galeri kraf tangan di Kampung Talak perlu dipromosikan sebagai lokasi pelancongan.

Jajahan Tumpat mempunyai banyak daya tarikan untuk dikunjungi, termasuklah keindahan pantai dan beberapa buah wat yang menjadi tumpuan penganut Buddha.






Gambar: Dari FB Beng Khieu

No comments:

Post a Comment