Monday, 21 March 2022

DIBENARKAN TAFAKUR TUNDUK KEPALA KEPADA MAYAT

 
Perbuatan tunduk (sekadar bahagian kepala) ‘sekejap’ bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak.

Perbuatan itu sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.

Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin, hadir di tempat keagamaan serta melakukan amalan tertentu, wujud unsur penyembahan atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan.

Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Berhati-hati kita dalam mengikut amalan penganut agama lain berkaitan kematian seperti menyalakan lilin, tunduk (bahagian badan) di hadapan mayat dan sebagainya.  

No comments:

Post a Comment