Di delta Sungai Kelantan ada dua buah pasar
terapung, iaitu Pasar Terapung Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pantai Suri.
Dua-dua ada keistimewaan dan tarikan tersendiri. Untuk pergi ke pasar terapung
perlu menaiki bot. Maklumlah kedua-duanya terletak di pulau. Pasar Terapung Sri
Tanjung di Pulau Renjuna dan Pasar Terapung Pantai Suri pula di Pulau Pantai
Suri.
Biarpun terletak di dua pulau berlainan,
untuk ke sana boleh menggunakan perkhidmatan bot dari jeti yang sama, iaitu
sama ada Jeti Kuala Besar di jajahan Kota Bharu atau Jeti Kok Majid di jajahan
Tumpat.
Bot penambang ada sedia menanti di situ.
Kalau semasa hari pasar terapung tidak perlu menunggu lama kerana terdapat
banyak bot ulang alik mengambil penumpang. Setiap bot dapat menampung kapasiti
penumpang berbeza-beza mengikut saiznya.
Kebanyakan bot panjang boleh memuat
penumpang seramai 10 hingga 15 orang. Jangan rungsing jika pergi melebihi
jumlah tersebut kerana boleh mendapat bot lain serta merta. Boleh bertolak
bersama, tidak akan berpecah kumpulan.
Ada juga yang telah membuat tempahan awal
dengan pengusaha bot, jadi kenalah guna bot yang ditempah itu. Jangan pula
tukar bot yang telah ditempah. Kasihan kepada pengusaha bot itu nanti. Dia tunggu kita dan tidak ambil penumpang lain.
Tentang tambang pula dikira mengikut
bilangan individu atau perbincangan dengan pengusaha bot. Harga berpatutan dan
pasti puas hati.
Kalau hendak pusing-pusing kawasan pulau
pun boleh. Melihat keindahan dan suasana pulau. Boleh bincang atau beritahu
kepada pengusaha bot.
Gambar: Jeti Kuala Besar
No comments:
Post a Comment