Peniaga kecil berdepan masalah untuk sewa
kedai untuk berniaga. Jadi, untuk meneruskan kelangsungan perniagaa, mereka
memilih berniaga di pasar malam, pasar pagi dan tempat-tempat yang difikirkan
mampu menarik pelanggan.
Sebenarnya, berniaga di tempat-tempat
tersebut bukan percuma. Mereka juga perlu membayar sejumlah wang sebagai sewa
tapak, kos operasi, lesen pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Namun, jumlah
itu masih dianggap jauh lebih murah berbanding membayar sewa kedai, lebih-lebih
lagi lot-lot kedai di dalam pasar raya atau mall.
Amat malang sekali jika di tempat mereka
mencari rezeki tiba-tiba tidak lagi membenarkan mereka terus berniaga di situ.
Ia seperti menutup periuk nasi peniaga kecil itu.
Benar, mereka boleh mencari tapak baharu,
tetapi tentunya tempat baharu itu biasanya tidak menjanjikan keuntungan untuk
berniaga di situ. Kalaupun ada peluang baik di situ, ia biasanya mengambil masa
yang lama untuk menarik pelanggan datang ke situ.
Kepada pihak berkuasa, bertindaklah dengan
bijak. Kalau benar-benar tidak boleh lagi berniaga di situ, sediakan tapak
baharu yang berdaya maju. Semoga nasib peniaga kecil akan terbela.
No comments:
Post a Comment