Thursday, 1 September 2022

KEISTIMEWAAN BENDI MERAH

 
Bendi berwarna hijau sudah biasa dikenali. Namun, kalau bendi berwarna merah, tentu banyak orang tidak pernah melihatnya. Sebenarnya bendi hijau dan bendi merah tidak banyak berbeza, kecuali pada warna sahaja.

Buah bendi atau juga dikenali kacang bendi semakin digemari penduduk Malaysia kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat, selain rasa yang enak. 

Kacang bendi biasanya dimakan sebagai ulam setelah dicelur atau dimasak terlebih dahulu. Ia juga dijadikan sebahagian bahan untuk membuat singgang dan dalca. Bendi juga sedap digoreng.

Bendi menjadi pilihan mereka yang gemar berkebun di laman rumah. Tanaman bendi mudah dijaga berbanding dengan tanaman sayuran jenis buah yang lain.

Penamanan benidi merah ini lazimnya akan mengambil masa selama 35 hari di mana ia boleh mula untuk menghasilkan buah sepanjang 90 hari (hampir 3 bulan) bergantung kepada amalan agronomi dan varieti digunakan.

Bendi sangat berkhasiat kerana mengandungi serat yang tinggi, jumlah vitamin C yang tinggi dan juga uniknya ada bahan kandungan folat (folate).

Pokok bendi ini mampu hidup sehingga ketinggian melebehi 2 meter jika dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garis pusat.

Proses pendebungaan dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. 

Buah dan tangkai buah bendi yang terbentuk di celah batang dengan dahan berwarna merah dan apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'lendir'. 

Bagaimana pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya.

No comments:

Post a Comment