Sunday, 23 October 2022

PERMOHONAN BANTUAN ASNAF SECARA DALAM TALIAN

 
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus melangkah setapak lagi ke hadapan apabila memperkenalkan sistem permohonan bantuan secara dalam talian bagi menggantikan permohonan menggunakan borang (manual).
 
Cakna kepada kesukaran pemohon yang terpaksa hadir ke pejabat bagi membuat permohonan, MAIK pada memperkenalkan sistem e-Agihan bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemohon bantuan.
 
Sistem dibahagikan kepada dua sub sistem, iaitu Sistem Permohonan Bantuan dan Sistem Kelulusan Permohonan Bantuan yang kedua-duanya berorientasikan dalam talian.
 
Perincian e-Agihan:
- istem ini bermula di http://eagihan.e-maik.my apabila pemohon membuat pilihan jenis bantuan yang diperlukan.
- Permohonan tersebut akan disaring/ditapis melalui maklumat Had Kifayah, KIR dan syarat-syarat kelayakan.
- Pemohon yang melepasi saringan tersebut adalah dikategorikan
LAYAK untuk meneruskan permohonan.
- Langkah-langkah permohonan akan mengambil kira pengisian maklumat
permohonan yang lengkap, memuatnaik maklumat secara digital mengikut garis panduan yang ditetapkan serta pengemaskinian maklumat sehingga selesai sebelum menekan butang "Hantar".
- Pemohon akan menerima nombor rujukan permohonan melalui notifikasi SMS.
- Permohonan akan disemak dan diproses secara atas talian oleh pegawai/kakitangan MAIK. Status permohonan akan berubah mengikut proses yang terlibat iaitu proses siasatan, proses semakan, proses kelulusan dan proses bayaran.
- Setiap dari proses tersebut boleh dijejak secara atas talian oleh pemohon berdasarkan nombor rujukan yang diberikan.
- Permohonan akan berakhir dengan notifikasi SMS dari pihak bank setelah bayaran dikreditkan ke akaun penerima.
 
Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan permohonan, semakan dan kelulusan bantuan dengan menyediakan platform akses atas talian, malah mempercepatkan lagi tempoh permohonan dan kelulusan bantuan.
 
Selain itu, ia juga menggalakkan sifar atau pengurangan penggunaan kertas dan menyediakan perkhidmatan cepat, mudah dan telus.
 
Kumpulan sasaran pengguna sistem ini adalah asnaf, sanak saudara, jiran tetangga, agensi yang terlibat dan masyarakat atau komuniti yang prihatin dalam membantu menjadi pemudah cara.
 
Pelaksanaan sistem ini merupakan inovasi kepada penggunaan teknologi maklumat sebagai medium interaksi asnaf dan MAIK. Transformasi penggunaan manual kepada permohonan atas talian ini menepati permintaan asnaf dan pihak pengurusan yang mahukan satu kaedah yang lebih cepat, mudah dan telus.
 
Melalui saringan/tapisan kadar had kifayah dan syarat-syarat permohonan, beberapa proses manual telah berjaya dipendekkan bagi membolehkan sistem ini memfokuskan kepada mereka yang benar-benar layak untuk disantuni.
 
Pelaporan siasatan juga dilaksanakan secara atas talian membolehkan penyiasat MAIK menjalankan kerja dengan lebih berkesan.
 
Program Bantaun MAIK yang disediakan melalui sistem ini adalah:
- Bantuan tetap bulanan
- Bantuan pembangunan asnaf
- Bantuan am
- Bantuan rawatan perubatan
- Bantuan persekolahan
- Bantuan melanjut pelajaran ke nnstitusi pengajian tinggi
- Bantuan pelajar pondok dan tahfiz
- Bantuan hari raya
- Skim bantuan pemulihan rumah kediaman
- Bantuan rumah kediaman
- Biasiswa Tengku Anis MAIK
- Bantuan rawatan dan perubatan (projek khas)
- Program Pengajian A Level Dan ijazah dalam dan luar negara
- Program pengajian diploma Dan SKM
- Program Biasiswa Sultan Ismail Petra
- Bantuan kepada gharimin
- Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)
- Sumbangan melanjutkan pengajian ke IPT – fisabilillah
 
MAIK mengharapkan semoga sistem e-Agihan yang diperkenalkan ini dapat membantu lebih banyak pihak untuk memudahkan golongan asnaf mahupun pihak tertentu dalam urusan permohonan mereka yang memerlukan bantuan.

No comments:

Post a Comment