Kandungan selenium di dalam susu kambing paling
tinggi berbanding susu lembu atau-susu-susu yang lain. Selenium dikatakan
sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari
Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser
paru-paru sebanyak 46%. Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis
kanser.
Selenuim penting untuk kesuburan lelaki. Ia
diperlukan untuk biosentisis testoron dan pertumbuhan sperma normal.
Selenuim juga penting dalam proses
pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter'. Keadaan tahap selenium yang
rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' dan penyakit mental.
Selain itu selenuim penting untuk sistem
imun dengan menghasilkan sejenis hormon 'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas
permukaan T-cells.
Susu kambing juga membantu tubuh badan yang
sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang
normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imun dapat
membunuh sel-sel pathogen yang mengancamnya.
Kadar pH yang rendah (berasid) mengundang
penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing
beralkali berbanding dengan susu lembu yang berasid.
Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam
perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali yang baik untuk sistem
penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut
dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment