Saturday 21 January 2023

MAKSUD PERKATAAN “COME LOTE” DIALEK KELANTAN

 
Perkataan dalam dialek Kelantan banyak yang ada penambahan perkataan penegas. Perkataan penegas itu tiada maksud khusus, tetapi digunakan pada perkataan tertentu yang akan membawa maksud bahawa ia benar, paling, sangat, tahap tertinggi dan sebagainya.

Contoh perkataan penegas ialah ‘lote’. Perkataan lote digunakan selepas perkataan come (comel) yang membentuk come lote, bermaksud ia benar-benar cantik, diakui cantik, amat cantik dan seumpamanya.

Come lote - berkenaan wajah perempuan, bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain dalam keadaan yang cantik.

No comments:

Post a Comment