Terdapat peribahasa yang berbunyi 'bagai melukut di tepi gantang'. Peribahasa tersebut bermaksud individu yang tidak berharga dalam masyarakat. Keberadaan individu itu dalam masyarakat atau kumpulan tidak memberi makna. Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak menambah atau mendatangkan apa-apa kebaikan. Manakala tiadanya tidak dirasakan atau berkurangan.
Melukut adalah pecahan beras yang halus-halus
atau hujung beras yang terhasil semasa proses menumbuk. Sekarang ini sukar
untuk menemui melukut kerana proses memesin beras dilakukan dengan 'sempurna'
menghasilkan beras yang elok. Jika adapun melukut, ia terus diasingkan dan
hanya beras yang elok dipasarkan.
Manakala gantang ialah alat untuk menyukat
beras. Jadi, dalam proses menyukat beras, jika ada melukut di tepi gantang, ia
tidak akan diambil untuk dimasukkan ke dalam gantang.
Sama ada terus dibiarkan di tepi gantang atau dimasukkan ke dalam gantang, ia tidak membawa apa-apa erti kepada jumlah beras yang sudah berada di dalam gantang. Bahkan, biasanya melukut akan diasingkan untuk mengelak kualiti keseluruhan beras menjadi tidak elok.
Sama ada terus dibiarkan di tepi gantang atau dimasukkan ke dalam gantang, ia tidak membawa apa-apa erti kepada jumlah beras yang sudah berada di dalam gantang. Bahkan, biasanya melukut akan diasingkan untuk mengelak kualiti keseluruhan beras menjadi tidak elok.
Denga kata lain, kehadiran melukut tidak
dipedulikan dalam apa keadaan sekali pun. Begitulah nilai diri seseorang
apabila dia tidak memberi apa-apa erti kepada orang lain atau masyarakat.
Ambo bukan siapa-siapa. Bukan pegawai
kerajaan berpangkat tinggi atau ahli politik berstatus menteri. Harta dan
kekayaan jauh sama sekali untuk dibanggakan. Ambo hanya insan biasa yang
meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara dengan cara
sendiri.
Jadi, ambo sedar diri sekadar melukut. Ambo
tidak perlu berasa hati jika tidak dipedulikan. Apa yang penting, ambo masih
dapat menikmati dan meneruskan kehidupan ini dengan seadanya.
Apa yang penting, ambo selesa hidup
mengikut cara ambo. Semoga ambo menjadi hamba yang bertakwa dan penamatnya
dalam keadaan beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment