Bukit Gunong semakin dikenali sebagai lokasi kembara berjalan kaki (hiking) di Bachok. Bukit Gunong dengan ketinggian 317 meter daripada paras laut terletak di pinggir pekan Gunong, boleh dianggap mercu tanda kepada pekan Gunong. Justeru, tidak sukar untuk sampai ke Bukit Gunong.
Bukit Gunong ini sebenarnya “bukit” atau “gunung”? Nama “Bukit Gunong” adalah satu bukit yang terletak di Gunong, Bachok. Gunong adalah nama mukim atau kampung.
Aktiviti hiking semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia daripada pelbagai
peringkat umur. Hiking bukit yang dianggap “sederhana” mencabar dengan
ketinggian sekitar 300 hingga 500 meter memang paling popular.
Adat melakukan sesuatu aktiviti, kelainan
cabaran dan tempat berbeza, menarik perhatian ramai. Justeru, tempat baharu
atau berlainan sering mencuri tumpuan penggemar hiking.
Memandangkan Bukit Gunong semakin mendapat
perhatian pengembara berjalan kaki, ada pihak yang telah membuat laluan sampai
ke puncak untuk memudahkan pengunjung.
Kembara berjalan kaki menuju puncak Bukit
Gunong mengambil masa kira-kira 30 minit atau mengikut kelajuan atau kekuatan
masing-masing. Ada yang boleh sampai ke puncak dalam tempoh masa lebih singkat
dan ada juga melebihi masa itu.
Ia amat sesuai bagi mereka yang baharu
ingin melibatkan diri dalam aktiviti kembara berjalan kaki atau mereka yang
sekadar ingin melakukan secara santai bersama ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment