Betulkah sambutan Aidiladha meriah di
Kelantan? Meriah tak acara korban di Kelantan? Ada orang kata sambutan
Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri di Kelantan.
Sebenarnya, memang betul sambutan Aidiladha
atau Hari Raya Haji meriah di Kelantan. Namun, tidak tepat dikatakan Aidiladha
disambut lebih meriah berbanding Aidilfitri.
Mungkin kemeriahan Raya Korban di Kelantan terserlah kerana ia disambut meriah berbanding di negeri-negeri lain. Kemeriahan Hari Raya Haji dirasakan meriah disebabkan tradisi sambutan yang melibatkan acara ibadat korban yang diadakan secara beramai-ramai.
Acara korban di Kelantan diadakan dalam
bentuk keluarga atau diuruskan oleh pemilik asal lembu itu. Program korban
melibatkan seluruh keluarga mereka yang ada bahagian lembu korban itu.
Jadi, mereka akan berkumpul beramai-ramai di tempat korban. Pada ketika itu tempat diadakan ibadat korban akan nampak meriah. Tidak kira kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita akan bersama-sama di tempat di majlis korban.
Kalau yang ingin terlibat secara langsung
dengan kerja-kerja penyembelihan dan melapah, maka pakaian yang dipakai adalah
mengikut kesesuaian tugas. Namun, tidak kurang juga, terutama di kalangan
remaja perempuan akan berpakaian cantik selayaknya untuk sambutan hari
raya.
Penglibatan semua ahli keluarga bermula
dari mula lembu direbahkan, disembelih, dilapah dan pengagihan daging korban.
Seawal sebaik selesai sembahyang sunat Aidiladha, masing-masing ahli keluarga akan
bergerak ke tempat acara korban akan diadakan.
Boleh dikatakan di setiap penjuru kampung akan kelihatan majlis korban diadakan. Fenomena ini menwujudkan satu kemeriahan.
Ada acara dibuat di dalam kebun, di tepi
tali air atau setidak-tidaknya di tepi rumah. Yang memilih diadakan di dalam
kebun kerana kawasannya luas dan tidak timbul soal mengotorkan kawasan yang
jauh dari rumah.
Faktor kemeriahan ini turut menggamit
anak-anak Kelantan yang berada di perantauan pulang meraikannya kerana semangat
Aidiladha tidak dapat dirasai di tempat lain.
Mungkin kemeriahan Raya Korban di Kelantan terserlah kerana ia disambut meriah berbanding di negeri-negeri lain. Kemeriahan Hari Raya Haji dirasakan meriah disebabkan tradisi sambutan yang melibatkan acara ibadat korban yang diadakan secara beramai-ramai.
Jadi, mereka akan berkumpul beramai-ramai di tempat korban. Pada ketika itu tempat diadakan ibadat korban akan nampak meriah. Tidak kira kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita akan bersama-sama di tempat di majlis korban.
Boleh dikatakan di setiap penjuru kampung akan kelihatan majlis korban diadakan. Fenomena ini menwujudkan satu kemeriahan.
Sebab itu, penduduk asal Kelantan yang tinggal di luar akan berusaha pulang
berhari raya di Kelantan. Jika ada yang berkahwin dengan pasangan bukan asal
Kelantan, mereka sanggup berkomporomi pulang berhari raya di rumah pasangan
pada Aidilfitri asalkan dapat pula berhari raya Aidiladha di Kelantan.
Kemeriahan acara korban di Kelantan memang
meriah kerana tradisinya. Daging korban yang mula-mula dilapah akan terus
diambil untuk dimasak untuk dihidangkan kepada mereka yang hadir di majlis
itu.
Selain kesibukan melapah daging yang biasa dilakukan kaum lelaki, kaum perempuan pula akan sibuk di dapur untuk memasak.
Masakan akan siap sebaik acara melapah dan
mengagihkan daging kepada tujuh bahagian selesai. Masakan cukup ringkas, tetapi
cukup bermakna untuk dihidangkan kepada semua.
Agihan daging korban kepada setiap orang
melaksanakan ibadat korban akan dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selepas
itu baharulah daging-daging itu akan diagihkan kepada golongan fakir miskin,
ahli keluarga dan jiran tetangga.
Proses agihan daging korban ini juga
mewujudkan suasana kemeriahan dan ukhwah seluruh masyarakat. Wujud tanda
ingatan dan saling berhubungan.
Hal ini berbeza dengan ibadat korban yang
dilakukan di negeri lain yang kebanyakan diuruskan oleh pihak masjid atau
kumpulan yang dikhususkan untuk menjayakan.
Ada individu yang melakukan korban yang langsung tidak terlibat dengan urusan itu. Apa yang dilakukan hanya membayar harga korban dan niat korgan. Yang lain diuruskan sepenuhnya oleh pihak lain.
Selain kesibukan melapah daging yang biasa dilakukan kaum lelaki, kaum perempuan pula akan sibuk di dapur untuk memasak.
Ada individu yang melakukan korban yang langsung tidak terlibat dengan urusan itu. Apa yang dilakukan hanya membayar harga korban dan niat korgan. Yang lain diuruskan sepenuhnya oleh pihak lain.
No comments:
Post a Comment