Ikan terubuk masin merupakan satu identiti
produk di Sarawak yang sangat popular semenjak berpuluh tahun dahulu. Ikan terubuk
Sarawak terdapat di kawasan Sungai Sebuyau dan Sungai Sebangan serta beberapa
sungai lain.
Lazimnya ikan terubuk masin dimakan dengan
nasi putih setelah siap ia digoreng. Ikan yang baru dibeli perlu direndam dalam
air bersih selama 10 - 15 minit untuk mengeluarkan garam yang berlebihan pada
daging dan kulit ikan. Jika garam ini tidak dibuang daging ikan amat terasa
masin dan ini menghilangkan keenakannya selain daripada tidak baik untuk
kesihatan.
Potong ikan terubuk tersebut mengikut saiz
sesuai dengan menggunakan pisau yang tajam. Bergantung kepada cita rasa, anda
boleh terus menggoreng begitu sahaja dalam minyak masak di kuali yang panas
atau pun boleh disalut dengan tepung dahulu.
Pastikan kita menggoreng sehingga sederhana
masak dan elakkan terlalu masak kerana ia menghilang rasa kelazatan. Angkat dan
toskan ikan tersebut, kemudian sedia untuk dimakan. Berhati-hati makan ikan terubuk
kerana banyak tulang.
No comments:
Post a Comment