Ikan terubuk ada dua jenis iaitu hidup di
laut dan hidup di sungai. Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk,
mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut.
Ikan terubuk yang terdapat di pasaran
Malaysia adalah terubuk tempatan dan terubuk import. Jadi, pembeli kena kenal
ciri-ciri perbezaan untuk mengenali sama ada ia tempatan atau diimport.
Sebenarnya banyak perbezaan dengan terubuk import, terutama muncungnya yang
panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.
Di Malaysia, negeri yang terkenal dengan ikan terubuk ialah Sarawak. Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak “hidup” dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras.
Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar
berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh
lebih lemak dan manis berbanding impor.
Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu. Terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk tempatan.
Perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. Terubuk tempatan lebih mahal berbanding terubuk import. Jangan terkejut jika harga terubuk tempatan harganya berkali ganda berbanding terubuk import.
Ikan terubuk tempatan rasa manis, lemak dan
tidak kuat bau hanyir. Manakala ikan terubuk import rasanya lebih tawar dan
berbau hanyir.
Di Malaysia, negeri yang terkenal dengan ikan terubuk ialah Sarawak. Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak “hidup” dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras.
Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu. Terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk tempatan.
Perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. Terubuk tempatan lebih mahal berbanding terubuk import. Jangan terkejut jika harga terubuk tempatan harganya berkali ganda berbanding terubuk import.
Ikan terubuk tempatan menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan cita rasa dan nikmat makan ikan yang dianggap istimewa itu biarpun mempunyai banyak tulang.
No comments:
Post a Comment