Wednesday, 15 January 2025

JAMBATAN MUARA LASSA

 
Jambatan Muara Lassa atau Jambatan Batang Lassa di Daro, Sarawak mula dibuka kepada awam pada 9 Jan 2025.
 
Jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu menghubungkan Pulau Bruit dengan Daro di Bahagian Mukah, menjadikannya jambatan menyeberangi sungai kedua terpanjang di Sarawak.
 
Pembinaan Jambatan Muara Lassa yang mengambil masa selama 48 bulan, berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kualiti pembinaannya baik.
 
Selepas ini telah diluluskan dan akan dibina jalan dua lorong sambung dari jambatan ini ke pekan Daro.

No comments:

Post a Comment