Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) 2 yang
digunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah Kelas 93, dibuat oleh CRRC
Zhuzhou Electric Locomotive Co., Ltd. dari China. Kereta api dengan enam gerabak
dalam satu set berkapasiti 320 penumpang mempunyai reka bentuk dalaman yang
memberi keselesaan kepada penumpang dan perjalanan pantas dengan teknologi
bertaraf antarabangsa.
Dengan kelajuan maksimum sehingga 140 km/j dan kemudahan moden seperti tempat duduk ergonomik serta ruang makan, penumpang mengalami pengalaman perjalanan lebih selesa dan cekap Destinasi dirasakan lebih dekat, keselesaan lebih terjamin.
Dari segi konsep reka bentuk badan kereta api ETS2 ini, ia diilhamkan daripada spesies burung dalam kumpulan order Coraciiformes. Kelompok unggas liar bersaiz comel ini amat dikenali di seluruh dunia kerana bulu pelepahnya berwarna-warni seperti pekaka, hud hud, tiung batu, raja udang, berek-berek dan enggang.
Perkhidmatan ETS2 turut menyediakan koc ‘business class’ (kelas perniagaan).
Ia sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan berkenaan.
Ia juga menyediakan tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus.
Keistimewaan lain kelan perniagaan ialah kerusi tungal, selesa dan ruang yang lebih luas. Kerusi boleh pusing/laras mengikut arah perjalanan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat TV LCD di setiap kerusi (boleh tengok movie, maklumat berkenaaan ETS, mendengar lagu dan boleh pesan makanan dengan lebih pantas.
No comments:
Post a Comment