Sunday, 26 January 2025

KERETA API KELAS 91 EMU

 
Kereta api Kelas 91 milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan sejenis tren unit gandaan elektrik (Tren Electric Multiple Unit - EMU)  yang beroperasi sejak tahun 2009. 

Pada tahun 2008 KTMB membeli sejumlah lima set EMU bernilai RM240 juta daripada syarikat usaha sama antara Korea Selatan, Rotem Co dan Jepun, Mitsubishi Electric Corp. Gerabak-gerabak disusun dalam konfigurasi enam gerabak untuk satu set.
 
Reka bentuk set tren berikut hampir menyerupai Kelas IE22000 kereta api antara bandar di Ireland. Perbezaan utama antara tren di Ireland dan yang digunakan di Malaysia adalah sistem tolok meter yang mana di Ireland tolak meternya 1,600 mm, manakala Malaysia mempunyai sistem tolok meter 1,000 mm).
 
Kelas 91 adalah kereta api jarak jauh yang pertama memperkenalkan kemudahan tandas dan kafe.
 
Kelas 91 biasanya beroperasi pada kelajuan 140 km/j, biarpun kelajuan maksimun adalah 160 km/j. Kelajuan semasa dipaparkan di dalam koc. 
 
Tempat duduk kereta api dioptimumkan untuk perjalanan jarak jauh dengan kerusi lebih besar dan ruang berdiri minimum.

No comments:

Post a Comment