Di Kelantan buah ciku (nama botani –
Manikara) dipanggil sawo nilo atau sawo nila. Nama sawo nilo adalah asal
perkataan sawa menila atau sawo menila.
Buah sawo nilo berasal dari Maxico, Amerika
Tengah dan Caribbean. Buah ini dibawa oleh penjajah Sepanyol ke Asia Tenggara,
terutama di Filipina.
Perkataan “menila” itu dipercayai diambil daripada
perkataan nama Manila, ibu negara Filipina.
Pokok
sawo nilo mudah beradaptasi kepada pelbagai jenis iklim tropika dan monsun yang
ada di kawasan-kawasan ini. Tumbuhan ini menghasilkan buah manis yang
boleh dimakan.
No comments:
Post a Comment