Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA)
Kelantan telah menganjurkan ceramah agama ambang Ramadan yang diadakan di Cafe
LPP, Kota Bharu. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abd Rahman, penceramah
bebas terkenal di Kelantan.
Majlis juga sebagai meraikan rombongan HAWA
Melaka yang melakukan lawatan kerja ke Kelantan.
HAWA Kelantan banyak melakukan aktiviti untuk
memperjuangkan pelbagai isu dan agenda wanita di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Sesungguhnya kedatangan Ramadan perlu disambut
dengan rasa gembira kerana sepanjang bulan tersebut bukan sahaja diwajibkan
berpuasa, tetapi satu bulan yang penuh dengan ganjaran pahala yang berlipat
ganda.
Jadi, amat rugi sesiapa yang
mempersia-siakan kedatangan Ramadan dan menganggap kedatangannya hanya seperti
bulan-bulan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiadalah
berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan
Ramadan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadan.
Sesungguhnya Allah SWT menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya
bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadan.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Hendaklah kita memperbanyakkan amal
kebajikan sepanjang bulan Ramadan, seperti menyediakan hidangan atau juadah
berbuka puasa.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa yang
menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala
seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala
orang yang berpuasa itu. (Hadis riwayat Tirmizi)

No comments:
Post a Comment