Menurut catatan sejarah, Kota Pompeii yang
terletak kira-kira 23 km dari Napples didiami sekitar 13,000 penduduk ketika
letusan gunung berapi berlaku, menenggelamkan kota berkenaan dalam lava dan
debu.
Kejadian itu dicatatkan berlaku pada 24 Ogos tahun 79 Masihi. Ini bermakna kejadian tersebut itu telah berlalu lebih 2000 tahun lalu.
Kesan-kesan peninggalan kota berkenaan hanya berjaya ditemui sekitar kurun ke-16 dan kerja-kerja ekskavasi hanya bermula 1750.
Ahli arkeologi dilapor menemui jasad dipercayai mangsa letusan Gunung Berapi Vesuvius. Jasad ditemui dalam bentuk mengeras seakan batu kerana diliputi lava dan debu.
Bagaimanapun, terdapat penemuan yang mana dalam bentuk lubang atau rongga. Badan manusia sudah hangus, bahkan tulang pun tidak wujud.
Pihak yang menemuinya yakin bahawa itu rongga yang terbentuk apabila badan dan tulang hancur.
Maka, mereka mengambil tindakan menuangkan atau memasukkan simen cair ke dalam rongga tersebut. Apabila simen mengeras, maka terbentuk rupa bentuk manusia.
Simen yang mengeras itu kemudian digali dan dijadikan sebagai pameran untuk menarik kedatangan pelancong.

No comments:
Post a Comment