Penggunaan kereta api Diesel Multiple Unit
(DMU) Kelas 61 dilancarkan pada 12 April 2021, menggantikan lokomotif dan koc
penumpang lama yang digunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). DMU Kelas 61
digunakan untuk perkhidmatan antara bandar di laluan pantai timur, khususnya
antara Tumpat dan Kuala Lipis, banyak memberi keselesaan kepada pengguna.
Dengan kelajuan sehingga 100 kilometer perjam, kereta api ini menggantikan kereta api diesel konvensional bagi perjalanan lebih pantas dan selesa. Dilengkapi dengan reka bentuk moden serta tangga boleh laras, DMU Kelas 61 memudahkan penumpang naik dan turun di stesen dengan ketinggian platform yang berbeza.
Kerajaan Pusat memperuntukkan RM380 juta untuk membeli 13 buah kereta api DMU, bertujuan meningkatkan kecekapan operasi di laluan yang belum dielektrifikasi.
Kereta api DMU ini dilengkapi dengan tempat simpan beg, soket kuasa bagi tujuan pengecasan bateri telefon atau komputer riba, bilik solat dan tandas lebih selesa serta mampu memenuhi keperluan pengguna.
Kalau dilihat dari segi luaran, DMU ini hampir menyerupai tren Electic Multiple Unit (EMU) milik KTMB yang lain cuma bezanya adalah kuasa DMU dijana menggunakan enjin diesel.
Disebabkan itu, tren DMU ini tidak
mempunyai pantograph serta tidak memerlukan landasan yang lengkap dengan
kemudahan elektrifikasi atau overhead catenary line (OCL).
DMU Kelas 61 ini dihasilkan oleh CRRC Zhuzhou Locomotive (CRRC) pada tahun 2018 hingga 2020 sebanyak 13 unit. Dua set tren pertama dihasilkan di kilang CRRC di Zhuzhou, China manakala baki 11 lagi unit dihasilkan di kilang Batu Gajah, Perak.
DMU ini mampu membawa 200 hingga 220 penumpang pada satu-satu masa dengan empat koc atau lebih dikenali sebagai gerabak.
CRRC memberikan sentuhan teknologi terkini dengan pengenalan sistem signal Wireless Train Tracker menggantikan sistem Automatic Train Protection (ATP) yang sekian lama digunapakai oleh pihak KTM.

No comments:
Post a Comment