Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak sebahagian
bangunan berada di atas tapak tanah yang dimiliki bangsa Cina. Masjid yang
dibina pada tahun 1931 itu telah beberapa kali melalui proses pembesaran
sehingga memasuki petak tanah yang kini dimiliki seorang berbangsa Cina.
Pembinaan bangunan melangkaui petak tanah itu bukan satu
"pencerobohan" atau tindakan "haram". Sebaliknya, ia satu
perkara yang dianggap sah dan betul kerana tapak tanah itu telah diwakafkan oleh
pemilik asal
Namun, masalah timbul apabila cucu kepada pewakaf tersebut
telah menjual bahagian tanah itu kepada seorang Cina. Maka tanah itu telah didaftarkan
hak milik kepada pembeli berkenaan dan dia menuntut hak terhadap tanah itu.
Secara taknikal dan undang-undang, tanah itu memang menjadi
hak individu yang namanya tertera di atas geran. Soal tanah itu telah
diwakafkan oleh pemilik asal, ia tidak mengubah status hak penama baharu
terhadap tanah wakaf itu.
Jadi, jika sebahagian kawasan masjid itu ingin dikekalkan,
maka perundingan dengan tuan tanah perlu dibuat. Keputusan telah dibuat oleh
tuan tanah iaitu dia bersedia melepaskan hak terhadap tanah itu jika dibayar
dengan nilai RM1.8 juta.
Isu tidak perlu dipolimikkan. Tidak perlu mempersoalkan
mengapa individu berbangsa Cina itu membeli tanah yang tidak jelas statusnya,
yakni telah diwakafkan oleh pemilik asal. Tidak perlu juga menyalahkan cucu kepada yang mewakafkan mengapa menjualnya.
Perkara ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua agar
perkara yang sama tidak berulang. Mana-mana tapak tanah untuk didirikan masjid
atau pembesaran masjid perlu jelas tentang status tanah tersebut.
Kenyataan atau keterangan lisan bahawa ia telah diwakafkan
tidak boleh dijadikan sandaran, melainkan telah jelas pemilikannya telah
diserahkan kepada pihak masjid atau pihak berkuasa agama yang dicatatkan di
geran tanah.
Penganut Islam tidak mempolemikkan isu menjadi isu perkauman
mahupun agama. Penganut Islam bermaruah, tidak mencari alasan bahawa masjid
sudah lama di situ untuk mencuri hak orang lain.
Hak pemilik perlu dikembalikan dan keadilan adalah
memberikan hak kepada yang berhak bukannya mengambil hak orang dengan meletakkan
diri sebagai mangsa keadaan.
Semoga tindakan ini dapat memberi gambaran kepada penganut
agama lain betapa Islam tidak mengajar umatnya merampas hak orang lain. Islam
menjunjung keadilan dan menunaikan hak kepada yang berhak.
No comments:
Post a Comment