Monday 22 April 2024

Selamat bersidang Cawangan UMNO 2024

 
UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai kekuatan dan rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi. Persidangan di peringkat cawangan adalah bukti UMNO mempunyai struktur yang mantap melebar sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hinggalah ke Sabah.
 
Besarlah harapan saya agar persidangan kali ini dijadikan wadah untuk menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan.
 
Ambillah ruang dan peluang untuk berbincang mengenai apa juga isu-isu dengan penuh rasional dan berhikmah. Santunilah ahli dan dekatilah para pengundi agar mereka yakin bahawa agenda UMNO hanyalah untuk memastikan kestabilan politik negara dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
 
Hakikatnya, cawangan yang aktif adalah nadi yang akan meneruskan denyutan perjuangan UMNO di bahagian dan di peringkat kebangsaan. Persidangan inilah platform menggarap strategi dan rancangan agar UMNO bersama kita perkuatkan.
 
Semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan dalam melunaskan perjuangan demi memenuhi tuntutan agama, bangsa dan tanah air yang kita sama cintai ini.
 
Kepada semua perwakilan cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. Selamat bersidang! Inilah masanya untuk memperkukuh perpaduan, memperkasa kesatuan…
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO