Wednesday 22 January 2020

EMPAT JENIS BENTUK PERKAHWINAN

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh agama, adat dan pihak berkuasa sivil. Institusi keluarga yang terbentuk melalui ikatan perkahwinan adalah satu perkara yang paling kukuh dalam hubungan manusia.

Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.

Perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri).

Secara sejarah, kebanyakan masyarakat membenarkan pengamalan poligami. Bagaimanapun, di negara-negara Barat kini telah mentakrifkan perkahwinan sebagai sebuah budaya monogami.

Secara sejagat, kebanyakan masyarakat kini tidak lagi membenarkan poligami sebagai bentuk perkahwinan. Umpamanya, China berubah daripada membenarkan poligami untuk menyokong hanya monogami dalam Akta Perkahwinan 1953 selepas pemberontakan komunis.

Sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa. Perkahwinan poligami yakni lelaki boleh memiliki isteri lebih daripada seorang pada satu-satu masa.

Islam membenarkan poligami. Bagaimanapun lelaki hanya dihadkan mempunyai tidak lebih empat orang isteri pada satu-satu masa. Biarpun dibenarkan, amalan poligami bukan dilakukan secara meluas. Hanya sekitar dua peratus lelaki yang mengamalkan poligami.

Satu lagi bentu perkahwinan ialah wanita mempunyai lebih daripada seorang suami pada satu-satu masa. Perkahwinan bentuk ini dinamakan poliandri atau polyandri.

Amalan poliandri terdapat dua kaedah iaitu poliandri fraternal dan poliandri non-fraternal. Poliandri fratenal ialah perempuan berkahwin lebih dengan adik beradik suami. Manakala poliandri non-fraternal mempunyai para suami bukan adik beradik.

Satu lagi bentuk perkahwinan ialah perkahwinan pasangan sejenis. Lelaki berkahwin dengan lelaki  dan wanit berkahwin dengan wanita. Perkahwinan sejenis kini diiktiraf secara sivil di beberapa buah negara di Barat.

Secara tradisi, masyarakat menggalakkan seseorang untuk berkahwin dengan orang yang jauh untuk mengukuhkan pertalian, tetapi cukup dekat supaya semenda boleh dianggap sebagai "salah satu daripada kami" atau "jenis kami".

Perkahwinan masih penting sebagai perikatan hubungan seks yang disetujui oleh masyarakat, dan biasa difahami sebagai satu hubungan lelaki-perempuan yang bertujuan untuk melahirkan anak-anak serta mensosialisasikan mereka dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment