Thursday 5 July 2018

APA LAGI ALASAN TIDAK GUNA BAHASA KEBANGSAAN

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ertinya, kita perlu mengikut apa sepatutnya diamalkan mengikut peraturan setempat. Jika tinggal di Malaysia dan lebih-lebih lagi menjadi rakyat Malaysia serta menjadi pegawai tinggi kepada kerajaan Malaysia, utamakan penggunaan bahasa Melayu. 

Tertarik dengan tulisan di Muka Buku seorang bukan Melayu berkaitan pentingnya mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. 
Tulisnya:
Moralnya, bukan bangsa sebagai alasan untuk kita tidak menidakkan penguasaan dalam bahasa kebangsaan, tetapi atas diri kita sendiri. 
Beliau memuaturun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia miliknya yang memaparkan keputusan 1 (Satu) untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Inilah semangat rakyat Malaysia yang kita inginkan. Memalukan dan tidak layak untuk mengaku rakyat Malaysia jika tidak mampu berbahasa Malaysia dengan baik. Amat malang sekarang ini ramai pejawat awam tertinggi dalam kerajaan yang lebih selesa untuk berbahasa Inggeris.  
Bahasa Malaysia walaupun pada dasarnya adalah Bahasa Melayu, namun ia telah dijadikan bahasa untuk seluruh rakyat Malaysia apabila dinamakan Bahasa Malaysia. Apa lagi alasan untuk tidak mahu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia jika mengaku sebagai rakyat Malaysia?

No comments:

Post a Comment