Saturday, 14 March 2020

HUBUNGAN MESTI PERLU RASA SALING HORMAT

Hidup manusia saling melengkapkan. Tidak ada individu yang sempurna dan boleh melakukan semua perkara. Setiap orang saling memerlukan individu lain untuk melengkapkan keperluan hidupnya.

Allah mencipta manusia berbeza-beza kemampuan agar saling mengambil manfaat daripada yang lain.

Justeru, sehebat manapun kemampuan seseorang, dia masih memerlukan pertolongan orang lain.

Orang kaya tidak mendapat apa-apa manfaat daripada kekayaan atau harta yang dimiliki jika tiada orang lain yang sanggup berkhidmat kepadanya.

Segala urusan kehidupan perlu dilakukan sendiri kerana tiada orang lain ingin membantunya biarpun diberi upah yang mahal. Dalam keadaan itu, dialah menjadi majikan dan dia sendiri menjadi kuli.

Sebab itu kita perlu menghormati dan menghargai orang lain. Kelemahan orang lain sebenarnya keuntungan dan kebaikan untuk kita. Kita dapat memanfaatkan keadaan itu. Tentunya, pihak lain juga akan mendapat manfaat daripada apa yang kita miliki.

Jadi, kita perlu berkerjasama dan tolong menolong saling melengkapkan antara satu sama lain. Jangan ego dan sombong kerana sikap itu akan membunuh potensi diri kita.

No comments:

Post a Comment