Thursday, 19 July 2018

KISAH BAKAL JEMAAH HAJI YANG PATUT DIJADIKAN PENGAJARAN

Banyak cerita dan kisah untuk dijadikan pengajaran kepada bakal jemaah haji. Pergi ke Makkah tidak boleh buat main-main. Ada syarat dan peraturan perlu ikuti. Jika buat main-main dan tidak ikhlas, ada yang terus mendapat pembalasan terus.

Hendak pergi Makkah kena pastikan diri bersih daripada dosa, terutama yang melibatkan dengan sesama manusia. Sebab itu, sebelum berangkat pergi ke Makkah, elok memohon maaf dengan keluarga, jiran tetangga, rakan setugas atau dengan sesiapa sahaja yang dirasakan ada atau pernah kita buat salah.

Mengikut kata orang, sesiapa yang banyak banyak dosa tak nampak Kaabah biarpun berada di hadapan Kaabah,  tidak bolah masuk kawasan tanah haram dan berbagai-bagai lagi.

Maka tersebutlah satu kisah. Ada seorang kawan. Kapal terbang yang membawanya dari Malaysia baharu sahaja mendarat di Jeddah. Jadi, dia sudah bersedia untuk meneruskan apa yang dicita-cita selama ini untuk menjadi tetamu Allah dengan melaksanakan ibadat sebaik mungkin sepanjang berada di Makkah dan Madinah nanti.

Namun, belum pun keluar kapal terbang, dia sudah berdepan dengan ujian pertama. Semasa hendak keluar pesawat, baharu sahaja hendak berdiri dari tempat duduk, tiba-tiba dia tidak boleh berdiri. Biarpun dicuba, tetap tidak boleh dilakukan. Seperti ada yang mengikat dan menghalangnya dari berdiri.

Dia duduk semula dan kemudian cuba berdiri sekali lagi. Namun, keadaan masih sama. Dia masih tidak dapat berdiri. Lalu, dia duduk semula. Dia terus istighfar, ingat balik dosa-dosa lama. Mungkin disebabkan dosa yang pernah dilakukan, dia terhalang untuk meneruskan cita-cita mengunjungi Kaabah.

Dia terus beristighfar memohon ampun dari Allah. Jika permulaan perjalanan itu sudah ada halangan, bagaimana untuk melakukan amalan lain nanti yang pastinya lebih mencabar.

Dalam tengah fikirannya bercelaru dan perasaan yang agak tertekan, seorang pramugari datang bertanya: “Mengapa encik nampak pucat aje? Ada apa-apa masalah”

Dengan gemuruh dan agak bimbang dengan nasib yang menimpa, penumpang itu menjawab: “Saya tidak boleh bangun. Seperti ada sesuatu yang mengikat diri menghalang dari berdiri.

“Laa patutlah…nak bangun kena buka tali pinggang keledar dahulu,” jelas pramugari dengan senyum dan terus menolong melepaskan kunci tali pinggang keledar itu.

No comments:

Post a Comment