Pokok timun tikus banyak tumbuh di sekitar tempat tinggal. Ia
tumbuh daripada biji benih yang tersebar melalui najis burung atau haiwan lain yang
memakan buahnya. Pokok
timun tikus mudah tumbuh. Pokoknya menjalar. Suka memanjat pagar. Tumbuh
sendiri dan mudah membesar, terutama pada musim hujan.
Buahnya
comel. Sebesar ibu jari dengan panjang boleh mencapai lebih dua inci. Namun,
tumbesaran lebih kecil pada masa kemarau. Buahnya berwarna hijau ketika muda
dan bertukar merah apabila sudah masak. Boleh buat ulam ketika masih hijau.
Khasiatnya
untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Rasanya seperti buah timun.
Dalamnya pun seperti buah timun. Tetapi ada rasa sedikit masam. Daun
juga boleh dimasak sayur pedas campur dengan cendawan busut atau pucuk miding.
Buahnya
selain boleh dibuat ulam, boleh juga dimasak lemak cili padi bersama udang.
Atau masak tempoyak. Boleh cicah sambal belacan atau dimasak sayur lemak
kuning. Seperti masak sayur lemak timun biasa. Tentu sedap juga dimasak bersama
ikan masin atau ikan bilis.
Sepatutnya
sumber yang ada di sekitar kita dimanfaatkan sepenuhnya. Ia percuma, tetapi kaya
khasiat. Jadi, mengapa tidak mencubanya. Petik sahaja jika ada di sekitar rumah
anda.
No comments:
Post a Comment