Saturday, 17 February 2018

AYAM SERAMA KATIK HARGA MAHAL


Ayam serama atau ayam katik mendapat perhatian di mana-mana. Semakin kecil ayam serama, semakin tinggi nilainya. Memiliki ayam serama terbaik menjadi kebanggan pemiliknya.

Sebab itu, semakin ramai peminat ayam serama sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata ingin mendapat ayam serama terbaik. Ayam serama terbaik bukan sahaja hasil dari baka, tetapi juga bagaimana ia dibela.

Pemilik ayam serama perlu mengetahui jenis makanan yang sesuai, cara memberi makan dan ‘mendidiknya’ menjadi jaguh untuk tujuan pertandingan.  Ayam serama yang pernah memenangi pertandingan memberi pulangan dan keuntungan besar kepada pemiliknya. 

Seekor ayam serama memenangi pertandingan Kesenian Kecantikan Ayam Serama (KKAS) akan mendapat tawaran harga tinggi sehingga beribu-ribu ringgit.  Malah ada ayam serama yang ditawarkan harga sehingga puluhan ribu ringgit seekor.

No comments:

Post a Comment