Pulau Mabul terletak di bahagian tenggara Semporna,
Sabah di Laut Sulawesi. Dataran atau daratan Pulau Mabul hanya berukuran 20
hektar. Ia sudah dianggap lebih luas berbanding Pulau Sipadan yang hanya 16.5
hektar.
Untuk sampai ke Pulau Mabul menggunakan bot biasa dari jeti Semporna mengambil masa kira-kira empat jam. Namun, jika menggunakan bot laju hanya mengambil masa kira-kira satu jam sahaja.
Pada asalnya, Pulau Mabul banyak ditumbuhi pokok kelapa dan sering menjadi tempat penduduk kawasan pulau sekitar untuk mendapatkan buah kelapa.
Bagaimanapun, pada sekitara 1970-an, pulau itu mula menjadi pentempatan di kalangan bangsa Bajau Laut dan Suluk. Bajau Laut dikenali sebagai sebagai normad laut yang menjadikan laut sebagai tempat tinggal, mencari sumber rezeki dan melakukan aktiviti sosial.
Mereka tinggal di dalam bot atau perahu dan seterusnya berkembang membina rumah air atau perkempungan air yang mana rumah dibina di atas permukaan laut dengan bertiangkan kayu tinggi.
Pada 2024, anggarkan terdapat kira-kira 3,000 orang tinggal di Pulau Mabul. Terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul dibina untuk kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak di pulau tersebut.
Selepas tahun 1990-an, Pulau Mabul mendapat populariti di kalangan penyelam skuba kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan. Perjalanan dari Pulau Sipadan ke Pulau Mabul menggunakan bot laju hanya kira 15 minit. Jad, ia menjadi pilihan altenatif kepada penyelam yang ingin meneroka keindahan laut, selain di Pulau Sipadan.
Kedalam purata laut di sekitar Pulau Mabul kira-kira 25 hingga 30 meter menjadikan ia amat sesuai untuk aktiviti selam skuba dan selam snorkel bagi mereka yang ingin menikmati keindahan di dalam laut. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan sebagainya

No comments:
Post a Comment