Dalam
perang psikologi politik, kadang-kadang kita tidak perlu fikirkan sangat apa
yang diperkatan oleh musuh politik. Mereka sekadar acah-acah atau ingin
mengganggu perjalanan politik seseorang atau parti politik.
Kita
perlu ambil kisah pengajaran ini. Tentang tidak perlu peduli apa orang buat,
tetapi kita perlu gunakan kekuatan untuk terus hebat sehingga musuh dengan
sendiri akan menjauhkan dari kita.
Satu-satunya
burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang
adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi
atau berlaga dengan burung gagak tersebut.
Burung
helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung
gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang
mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju ke atas langit.
Semakin
tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk
bernafas.
Akhirnya,
burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.
Seperti
burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yang
menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut
mendongak mengikuti perjalanan kita.
Terbang
dan terus terbang ke atas langit yang lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka
akan jatuh dan hilang sendiri.
Atas
sebab inilah kini aku berubah. Tidak endah dengan si gagak yang hanya bising
berbunyi.
Sehebat
mana pun kau rasakan dirimu, kau hanyalah seekor gagak yang hidup dengan
menyelongkar sampah dan sisa makanan. Sedangkan aku berusaha mencari daging
segar untuk santapan.
No comments:
Post a Comment