Saturday 1 July 2023

MANGSA “FATWA” POLITIK BERUBAH-UBAH

 
Pengundi di enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) bersatu memperkasakan perjuangan demi bangsa, agama dan pertiwi.
 
Penyatuan bangsa itu perlu diterapkan menerusi PRN nanti bagi menyelamatkan negara, bangsa dan agama yang sedang tergugat oleh politik gila kuasa.
 
Kehidupan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu, tidak bererti lagi apabila “gelora” politik masih mengganas. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.
 
Parti yang sepatutnya dapat membentuk kerajaan Pusat jika sanggup bergabung dengan parti lain, kini semakin tidak “waras” kerana menyesal mengambil langkah tidak menerima cadangan Yang DiPertuan Agong agar menyertai Kerajaan Perpaduan.
 
Lebih parah lagi mereka bukan sahaja tidak menjadi sebahagian kerajaan, tetapi sudah ada yang berdepan dengan status “kluster mahkamah” yang dahulunya ditujukan kepada orang lain.
 
Bangsaku, sahabatku di seluruh negara khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, masa sampai bagi kita semua berjabat tangan memperkasa semula perjuangan asas yang lama demi bangsa agama dan pertiwi.
 
Negara, bangsa dan agama kita sedang tergugat dan digugat di sisi politik gila kuasa, penunggang agama dan menyesal hilang kuasa.
 
Rupa-rupanya selepas silap percaturan politik dan hilang kuasa, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami penyakit jiwa. Sifat celarunya konon kita semua ini silap pilih pemimpin, sedangkan merekalah silap mengambil keputusan disebabkan sikap angkuh dan berasa diri mereka suci.
 
Kerajaan sekarang tidak mempunyai dasar ekonomi apatah lagi peka dengan penderitaan rakyat selain tidak tahu mentadbir dan tidak sayangkan bangsa sendiri.
 
Hakikatnya, kecelaan pemimpin dahulu yang kini tersenarai “kluster mahkamah” banyak mendatangkan masalah kepada rakyat yang belum dapat diselesaikan.
 
Antara perlakuan berpolitik dan main politik kini sudah jelas. Kita jangan terpengaruh dengan mereka yang sentiasa berubah-ubah “fatwa” politik yang bertujuan menghalalkan apa yang ingin dilakukan. Perkara yang mulanya haram dihalalkan apabila ada kepentingan untuk mereka. Manakala yang halal pula diubah menjadi haram jika tidak menguntungkan mereka.

No comments:

Post a Comment