Sunday 24 September 2023

HENTIAN PERAH, GERIK BANYAK KEMUDAHAN

 
Hentian Perah di Gerik merupakan antara hentian rehat yang agak terkenal di kalangan pengguna Jalan Raya Timur Barat. Bagi pengguna dari Utara atau Pantai Barat yang ingin ke Kelantan dan Terengganu, Hentian Perah boleh dianggap tempat “wajib” singgah sebelum meneruskan perjalanan.
 
Ini kerana selepas itu agak sukar untuk menemui hentian yang sesuai sepanjang laluan dari Gerik ke Jeli. Terdapat dua hentian lain yang ada ialah Hentian Royal Belum Amanjaya di Pulau Banding yang jauhnya kira-kira 40 kilometer dan Hentian Punca Titiwangsa kira-kira 70 kilometer dari Hentian Perah.
 
Jadi, lebih selesa meneruskan perjalanan, banyak pengguna jalan raya akan singgah di Hentian Perah untuk makan, sembahyang, istirahat dan menggunakan tandas.
 
Ia juga menjadi pilihan selepas pemanduan dari Jeli melepasi Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang berliku dan berbukit-bukit.
 
Pengguna memilih berhenti di Hentian Perah kerana terdapat kemudahan letak kenderaan yang luas, banyak pilihan kedai makan, kedai runcit, gerai makanan, surau dan tandas yang selesa.
 
Hentian Perah terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Gerik.


No comments:

Post a Comment