Wednesday 23 August 2023

KHASIAT SIPUT SEDUT PAHIT TAMBAH KOLAGEN

 
Siput sedut telah menjadi sumber makanan kita sejak dahulu lagi, ianya sedap dimasak lemah bersama belimbing, batang keladi dan sebagainya. Khazanah bumi alam semula jadi ini amat memerlukan perhatian manusia agar tidak pupus ditelan masa kerana memakan siput sedut masih menjadi satu keajaiban yang perlu kita renungkan.

Bahan organik yang di dalam air sungai, lumpur dan air laut menyimpan rahsia permakanan siput. Lendir siput sedut mempunyai khasiat untuk membendung keluarnya darah dari luka akibat terkena parang atau benda tajam lain.

Selain itu amalan memakan siput sedut sungai ini akan memboleh kita terhindar dari penyakit buasir, dan mampu meningkatkan kolagen dalam tubuh kita menyebabkan kulit menjadi halus.

Sebab itulah nenek moyang kita dahulu amat suka memakan siput sedut kerana masa itu belum ada hospital atau salon kecantikan, dengan mengamalkan memakan siput sedut ini dapat menjaga kesihatan tubuh mereka.

No comments:

Post a Comment