Wednesday 31 January 2024

GANTANG BRUNEI ALAT MENYUKAT BERAS

 
Gantang digunakan secara meluas di alam Melayu dan di Nusantara. Penggunaan gantang adalah pengaruh dari negara Arab yang tersebar ke alam Melayu melalui penyebaran agama Islam.
 
Gantang adalah alat sukatan rasmi pada masa dahulu. Lazimnya, gantang diperbuat daripada kayu, besi dan tembaga. Ia digunakan oleh pedagang-pedagang Arab untuk menjalankan urus niaga aktiviti jual beli beras di Nusantara. Penggunan gantang adalah bukti pengaruh Islam di dalam kehidupan masyarakat Melayu.
 
Gambar di atas adalah alat piawai gantang dari Brunei dengan tulisan Jawi "Inilah gantang perintah Brunei al-malik al-‘adil tarikh fi sanat 1322", mungkin alat yang digunakan sekitar 1899 untuk sukatan beras dan bahan-bahan lain sebagai piawaian setara, unit kiraan isipadu 'gantang', yang pada piawaian Unit SI hari ini adalah lebih kurang 4.8 liter.

No comments:

Post a Comment