Saturday 17 February 2024

POKOK DI PERLIS TERKESAN MUSIM ANGIN TIMUR

 
Kebanyakan pokok dan hutan di Perlis bertukar menjadi keperangan ekoran kesan musim angin timur. Pemandangan itu menjadi tarikan baharu buat pelancong bertandang ke Perlis.
 
Fenomena yang berlaku antara Disember hingga Mac setiap tahun itu membawa bersama suhu mencecah 38 darjah Celcius pada waktu siang dan menurun kepada 24 pada sebelah malam.
 
Fenomena yang dikenali sebagai angin timur itu berlaku disebabkan kedudukan geografi dan iklim setempat. Kedudukan Perlis di ­penghujung utara Pentas Sunda menyebabkan flora, fauna dan cuaca dipengaruhi oleh ciri Indo-China.
 
Ia berkongsi iklim monsun tropika, menerima angin Monsun Timur Laut yang sejuk dan kering serta tempias luruan ­angin sejuk Siberia menjadikan kawasan tanah tinggi nyaman seperti di Wang Kelian.
 
Pokok kayu jenis dipterokarpa pamah se­perti meranti, merawan, cengal dan mersawa di hampir kesemua bukit batu kapur bertukar keperangan dan luruh ekoran tidak menerima hujan dalam jangka masa panjang, sebelum berputik kembali pada awal April.
 
Gambar: Kawasan bukit di sekitar Perlis yang bertukar keperangan akibat fenomena angin timur.
 
Kredit – Kosmo

No comments:

Post a Comment