Wednesday 27 December 2017

MENGAPA WANITA CENDERUNG MENGALAMI MASALAH MENTAL

Golongan wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki. Antara punca penyumbang masalah tersebut ialah sikap mereka yang suka memendam perasaan dan kehidupan sosial yang lebih terbatas berbanding lelaki.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai banyak peluang untuk melakukan aktiviti luar termasuk berjumpa rakan-rakan selepas waktu kerja kerana sibuk dengan urusan rumah.

Emosi yang tidak stabil semasa haid juga turut mempengaruhi kesihatan mental wanita.

Masalah rumah tangga mudah memberi tekanan perasaan kepada wanita, terutama melibatkan kesetiaan suami. Selain itu sikap suami tidak peduli urusan keluarga juga memberi kesan mendalam terhadap isteri.

Wanita tidak mahu berbual bila ada masalah berbanding lelaki yang suka merujuk kepada rakan-rakan. Mereka tidak mahu masalah dihadapi diketahui orang lain atau tidak yakin masalah itu dapat diselesaikan.

Maka itu, mereka lebih banyak memendam perasaan dan ini menyebabkan tekanan berterusan. Semakin lama dipendam bukan menyelesaikan masalah, bahkan keadaan menjadi semakin teruk.

Kita seharusnya bersedia berkongsi masalah dengan orang-orang terdekat kerana bercakap tentang masalah boleh meringankan beban yang dihadapi seseorang individu.

No comments:

Post a Comment