Banyak
pokok yang mempunyai khasiat untuk membantu kita menikmati kehidupan lebih baik
dan mencegah atau merawat sesuatu penyakit. Apa yang penting ialah berterusan
dalam mengamalkan pengambilan sesuatu produk herba.
Antara
tumbuhan yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan ialah gingko. Pokok gingko
dipercayai berasal dari China dan Korea. Kini, gingko banyak ditanam di
kedua-dua negara berkenaan.
Bahkan,
pokok gingko turut dijadikan pokok hiasan di beberapa buah bandar di Korea. Pemandangan menarik apabila daun berwarna
hijau bertukar kepada kekuningan.
Ketahui
khasiat terkandung dalam pokok gingko:
1.
Minda
Gingko sering dianggap sebagai perangsang minda di mana ia dikatakan berkesan
untuk merawat dementia atau nyanyuk dalam kalangan warga tua.
Saintis
berpendapat, gingko dapat mengembangkan saluran darah sekaligus membantu
pengaliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida.
Bahan
utama dalam gingko seperti flavanoid dan terpenoid adalah agen penting yang
dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer serta
penyakit lain berkaitan otak.
2. Membaiki pengaliran darah
Oleh kerana dipercayai gingko boleh memperbaiki aliran darah, kajian telah
dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki.
Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan
berasa sakit ketika berjalan.
Analisa
daripada lapan kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko
cenderung untuk berjalan kira-kira 34 meter lebih jauh daripada mereka yang
mengambil penawar.
Bagaimanapun,
senaman dan latihan berjalan menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada gingko
dalam meningkatkan jarak berjalan kaki.
3.
Mata
Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu
memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu
bahagian belakang mata.
Degenerasi
makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi
kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta.
Terdapat
beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan
penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini.
Melihat
kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baharu bagi
individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah
penglihatan mereka.
4. Sakit kepala dan migrain
Menurut ilmu perubatan Cina purba, gingko adalah bahan popular untuk merawat
sakit kepala dan migrain. Ini kerana gingko mempunyai kesan antiradang dan
antioksida.
Malahan,
ia dikatakan berkesan untuk sesiapa yang mengalami sakit kepala disebabkan
stres melampau kerana puncanya adalah pengaliran darah yang tidak lancar.
Gingko
berkemampuan mengembangkan saluran darah yang tersekat, sekali gus mengurangkan
sakit kepala anda.
5. Merawat penyakit asma
Beberapa kajian mendapati gingko mampu merawat simpton penyakit asma dan
kesukaran bernafas.
Tumbuhan
yang mempunyai bahan antiradang ini dapat mengurangkan keradangan saluran darah
dan meningkatkan kapasiti jantung.
No comments:
Post a Comment