Firman
Allah SWT bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan beriman
kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110).
Pendakwa
perlu mencontohi kesabaran dan kebijaksanaan Rasulullah menyebarkan dakwah.
Rasulullah tidak berputus asa menyampaikan dakwah di kota Makkah biarpun
mendepani pelbagai rintangan, sedangkan bilangan penduduk Makkah yang menerima
seruan tauhid dalam tempoh masa 13 tahun amat sedikit.
Menggunakan
perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang didakwah
merupakan satu pendekatan yang baik. Biarpun golongan yang ingin didakwah itu
agak biadab dan keras, pendakwah perlu sabar menahan ujian itu.
Hadis diriwayatkan Tabrani bermaksud: “Tinggalkan perbantahan
kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak akan mengamankan
daripada fitnah.”
Berdakwah
tidak boleh sekadar main-main. Harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
menepati kaedah yang sepatutnya. Antara perkara yang perlu diberi perhatian
dalam menjalankan tugas dakwah ialah:
1.
Ikhlas hanya kerana Allah. Bagaimanapun
juga, ikhlas adalah syarat agar Allah memberikan taufiq dan pertolongan
terhadap amalan yang kita lakukan. Jika Allah sudah menjadi penyerta dan
penolong kita, siapa yang boleh menghalangi?
2.
Selalu berpegang teguh pada norma dan aturan Islam. Kerana berdakwah itu mengajak manusia pada norma
dan aturan Islam, maka prosesnya pun harus dilakukan sesuai dengan norma dan
aturan Islam. Apakah patut kita mendakwahkan Islam dengan cara-cara yang
bertentangan dengan norma dan aturan Islam?
3.
Miliki fikrah yang syumul (komprehensif, menyeluruh, tidak individu). Islam adalah agama yang syamil. Ajaran yang didakwahkah
hendaklah tidak membatasi golongan tertentu sahaja.
4.
Muashirah (mengikuti perkembangan zaman). Peradaban
dan cara hidup manusia terus berkembang dari waktu ke waktu. Perkembangan ini
harus disadari oleh para dai. Perkara yang didakwahkan dan cara-cara berdakwah
harus menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman. Jika tidak, dakwah akan
dianggap sebagai sesuatu yang kuno, membosankan, dan akan ditinggalkan oleh
orang.
Baca juga;

No comments:
Post a Comment