Tuesday 11 February 2020

CARA MEMBINA KOLAM IKAN

Kawasan tanah kosong boleh dimanfaatkan dengan pelbagai kegunaan. Kebiasannya ia dimajukan dengan aktiviti pertanian seperti menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Satu lagi tanah kosong boleh dibuat kolam untuk memelihara ikan.

Permintaan terhadap ikan air tawar sangat tinggi. Bekalan biasanyanya tidak mencukupi. Sebab itu, usaha penternakan ikan air tawar atau ikan darat di dalam kolam perlu diperluaskan.

Antara jenis ikan yang sesuai dipelihara di dalam kolam ialah ikan puyu, ikan keli, ikan patin, ikan sepat dan ikan talapia.

Tempat yang sesuai dibina kolam ternakan ikan ialah yang mempunyai bekalan air sesuai seperti air sungai, air mata air, air taliair dan air bukit.

Jenis tanah tapak kolam mesti yang boleh menakung air. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.

Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dan lain-lain. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina. Korek kolam menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil. Kedalaman kolam yang sesuai lebih kurang 4 – 5 kaki.

Pastikan batas atau ban yang dibina tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah). Terdapat saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN:
- Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
- Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air.
- Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
- Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari.

Kebaikan pengapuran adalah:
- Meningkatkan pH air
- Mengeraskan dasar kolam
- Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
- Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
- Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam.



No comments:

Post a Comment